Mengenal Penulis/ Penerbit






Nama beliau Hanit bin Osman. Abu Nasih bermaksud ayah kepada Nasih (anak sulung beliau bernama Muhammad Nasih ‘Ulwan). Gelaran al-Kansariyy merujuk daerah kelahirannya, Kuala Kangsar, Perak. dan al-Ansariyy gelaran dan pengiktirafan sebagai perawat Islam (Mu’allij) yang telah menamatkan pengajian di Akademi Rawatan Islam Darul Ansar. Telah berkahwin dengan Ustazah Nor ‘Aza binti Yahya al-Qadahiyyah dan telah dikurniakan 2 orang anak.
Mendapat pendidikan awal di SK Jeliang, dan SRA Hidayah Islamiyyah, Manong, Perak. Kemudian pendidikan menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam. Penulisan: Kaunseling dalam Islam, terbitan USIM,  Pengurusan Marah: Perspektif Islam, dan Hadis 40 an-Nawawiyy, terbitan Darul Kansariyy. Sekarang sedang menyambung pelajaran peringkat Sarjana di USM dalam bidang Syari’ah. Beliau juga mempunyai kelulusan tauliah mengajar agama negeri Perak. Masih giat menuntut ilmu daripada para asatizah dan ‘ulama' di masjid-masjid dan lain-lain.
Beliau juga adalah ketua agensi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar, cawangan Perak dan ahli Persatuan Ulama’ Malaysia. Berpengalaman 13 tahun menjadi pendidik termasuklah sebagai tutor di USIM. Beliau juga pengasas Pusat Pra-Tahfiz Darul Kansariyy.




Sebahagian guru beliau:


Kedua ibu bapa yang telah memperkenalkan al-Quran dan tulisan Jawi

Ustazah Danhal dalam bidang Tajwid dan Hafazan

al-Marhum Tuan Guru Haji Zakaria bin Haji Sulaiman (tokoh Ma’al Hijrah Perak). Antara murid beliau adalah Y. Bhg Dato’ Haji ‘Abdul Majid Zainal ‘Abidin , AJK Fatwa Perak.

Dr. Muhammad Yusuf Khalid – Dakwah, & Tasawwuf

Prof Madya Dr. Syamsul Bahri Andi Galigo – Dakwah & Pemikiran Islam

Prof. Madya Dr. ‘Adel ‘Abdul ‘Aziz al-Ghiryani- Tarikh Tasyri’ & Sirah

Ustaz Khairul Anuar Muhammad al-Bakri – Hafazan & Qiraat

Ustaz Mohd Zohdi Mohd Amin –Takhrij Hadis

Syaikh Dr. Jahid Sidek al-Khalidiyy –Tareqat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah

Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjariyy – Ijazah beberapa Hizb dan Salawat, Hadis 40 Imam Nawawi, Mujarrabat al-Makkiyah, Adabul Mufrad, Hadith Riwayat 10 Sahabat Mubasyirina bil Jannah dan lain-lain

Syaikh Isa bin Ahmad Ansarullah – Tareqat Syattariyyah

Maulana ‘Abdul Hamid bin Hashim al-Qadahiyy– Ijazah Ahadith Syamail Muhammadiyyah Imam at-Tirmidziyy

Syaikh ‘Abdul Hamid Ismail (Paksu Mid Bukit Tembaga) – beberapa amalan Perubatan Islam

Ustaz Suhami Rozali (Pengasas Darul Ruqiyyah) – Ijazah Ayat Ruqyah, Perubatan Islam dan lain-lain

Ustaz Aminuddin (AJK Fatwa Kedah) – Ijazah Doa Tok Kenali & Imam al-Ghazzaliyy dan beberapa amalan lain

Syaikh Muhadir Joll- Ijazah Ratib al-Haddad dan Kitab Persoalan Khilafiyah dan Penjelasan Ulama

Ustaz Yusri Zahir- al-Quran, Qiraat Hafs dari ‘Asim, tariq Syatibiyy

Ustaz Hayat Ali Ridha al-Khiyamiyy an-Naqsyabandiyy – Ijazah Ayat Ruqyah (melalui sanad al-Marhum Syaikh Raja Ashman), Hizb Bahr, Perubatan Islam, Kitab Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus

Syaikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisyy (Penasihat Darul Ansar)– Ijazah Ruqyah Nabawiyyah (melalui sanad Imam Ahmad & Ibnu Majah), Perubatan Islam, Tareqat Ahmadiyyah al-Idrisiyyah, Hadis Musalsal,  dan lain-lain


Syaikh Ahmad Dabbagh al-Basri asy-Syadzuliyy – Tareqat Syadzuliyyah, zikir & praktik penyucian diri, amalan keberkatan rezeki, do’a solat istikharah, do’a solat hajat dan zikir sebelum tahajjud.

0 comments:

Post a Comment